organisma unisel | unicellular organism | Organisma yang terdiri daripada hanya satu sel. Contohnya, ameba dan paramesium. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
bahan tulen | pure substance | Unsur atau sebatian yang terdiri daripada hanya satu komponen itu sahaja dengan sifat fizikal dan kimia yang tertentu. | Menengah Atas |
hukum segregasi | law of segregation | Hukum yang menyatakan bahawa ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada alel ini akan diwariskan dalam gamet. | Menengah Atas |
kacukan monohibrid | monohybrid cross | Kacukan pembiakbakaan yang hanya melibatkan satu ciri sahaja. | Menengah Atas |
penolakan cahaya berwarna | subtraction of coloured light | Proses yang apabila turas warna hanya membenarkan satu warna sahaja boleh melaluinya. | Menengah Atas |
komensalisme | commensalism | Hubungan antara dua organisma yang hanya memberikan faedah kepada satu pihak sahaja dan tidak merugikan pihak yang satu lagi. | Menengah Rendah |
homogen | homogeneous | Perihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair. | Menengah Rendah |