hati | liver | Organ yang terbesar dalam badan vertebrata, dan berfungsi merembeskan hempedu ke dalam salur makanan. Pada manusia, organ ini terletak di sebelah kanan rongga abdomen, di bawah diafragma. | Menengah Atas |
hati | liver | Organ berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan. | Menengah Rendah |
hempedu | bile | Cairan alkali yang dirembeskan oleh hati disimpan dalam pundi hempedu dan dihantar ke duodenum untuk membantu proses pengemulsian, penghadaman dan penyerapan lemak. | Menengah Atas |
hempedu | bile | Bendalir berwarna hijau yang dirembeskan oleh hati, berasa pahit dan disimpan dalam pundi hempedu untuk membantu membaurkan lemak semasa proses pencernaan makanan. | Menengah Rendah |
pundi hempedu | gall bladder | Organ yang menyimpan cecair hempedu dari hati. | Menengah Rendah |
heparin | heparin | Asid organik kompleks yang ditemui dalam tisu paru-paru dan hati, yang menghalang pengaglutinatan platlet dan pembekuan darah. | Menengah Atas |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu organisma yang terdiri daripada pelbagai jenis tisu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, hati, jantung dan mata pada haiwan, manakala daun, bunga serta buah pada tumbuhan. | Menengah Rendah |
organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu organisma yang terdiri daripada beberapa jenis tisu yang berlainan yang melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, hati, jantung, dan mata bagi haiwan manakala daun, bunga, serta buah bagi tumbuhan. | Menengah Atas |