Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.lium] | هيليوم

Definisi : (hélium) (Kim) gas lengai yg sangat ringan, tidak mudah terbakar, tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan utk mengisi belon dan kapal udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.lium] | هيليوم

Definisi : /hélium/ gas lengai yg ringan dan tidak berbau atau tidak berwarna (digunakan dlm belon dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helium


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
heliumheliumGas yang tidak mudah terbakar, sangat ringan dan tidak reaktif dari segi kimia. Helium diperoleh daripada pencairan gas asli dan digunakan untuk mengisi belon udara.Menengah Rendah
gas nadirinert gasGas dalam kumpulan 18 jadual berkala, iaitu helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon yang umumnya tidak reaktif dan sangat stabil dari segi kimia. Gas nadir juga dikenali sebagai gas adi atau gas lengai.Menengah Atas
MatahariSunBintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer.Menengah Rendah
gas lengaiinert gasGas yang umumnya tidak reaktif, sangat stabil dari segi kimia dan terdiri daripada satu atom. Contohnya, helium dan neon.Menengah Rendah

Kembali ke atas