Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : 1. bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yg dirembes oleh hati ke dlm usus utk membantu penghadaman lemak; 2. perkataan atau ucapan yg pedas (menyakit­kan hati dsb): perempuan itu memuntahkan ~ terhadap Herman; bagai ~ lekat di hati prb perhubungan yg erat, tidak dapat di­ceraikan (bkn persahabatan, perkahwinan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : cecair bersifat alkali yg berwarna kuning kehijau-hijauan atau kuning kecoklat-coklatan dan pahit rasanya yg dirembes oleh hati utk menolong menghancurkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hempedu

Puisi
 

Sayang sirih dari seberang,
     Pokok mengkudu dahannya tinggi;
Seorang kasih seorang sayang,
     Bagai hempedu lekat di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pundi hempedugall bladderOrgan yang menyimpan cecair hempedu dari hati.Menengah Rendah
hempedubileCairan alkali yang dirembeskan oleh hati disimpan dalam pundi hempedu dan dihantar ke duodenum untuk membantu proses pengemulsian, penghadaman dan penyerapan lemak.Menengah Atas
hempedubileBendalir berwarna hijau yang dirembeskan oleh hati, berasa pahit dan disimpan dalam pundi hempedu untuk membantu membaurkan lemak semasa proses pencernaan makanan.Menengah Rendah
hatiliverOrgan yang terbesar dalam badan vertebrata, dan berfungsi merembeskan hempedu ke dalam salur makanan. Pada manusia, organ ini terletak di sebelah kanan rongga abdomen, di bawah diafragma.Menengah Atas
hatiliverOrgan berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan.Menengah Rendah
duodenumduodenumBahagian pertama usus kecil vertebrata, salah satu tempat pencernaan makanan yang menerima cairan dari pundi hempedu serta pankreas.Menengah Atas

Kembali ke atas