hidrogen | hydrogen | Gas yang tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bertindak balas dengan oksigen. | Menengah Rendah |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, larut dalam air dan alkohol. Formulanya, H2O2 . | Menengah Atas |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
ion hidroksonium | hydroxonium ion | Ion hidrogen yang bergabung dengan satu molekul air. Ion ini terdapat dalam semua larutan akueus. Ia juga dikenali sebagai ion hidrogen atau ion oksonium. Formulanya, H3O+. | Menengah Atas |
molekul dwiatom | diatomic molecule | Molekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl). | Menengah Atas |
penunjuk hidrogen karbonat | hydrogen carbonate indicator | Penunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida. | Menengah Rendah |
penghidrogenan | hydrogenation | Penambahan atom hidrogen kepada suatu sebatian organik dengan menggunakan mangkin. | Menengah Atas |
pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ion hidrida | hydride ion | Ion negatif hidrogen. Simbolnya, H-. | Menengah Atas |
penukargantian | substitution | Proses tindak balas yang melibatkan atom hidrogen bertukar ganti satu per satu dengan atom halogen. | Menengah Atas |