Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.drok.si.da] | هيدروکسيدا

Definisi : (Kim) sebatian yg mengandungi ion atau kumpulan hidroksil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.drok.si.da] | هيدروکسيدا

Definisi : ist sebatian kimia yg mempunyai kumpulan –OH; alkali yg mempunyai ion OH-; natrium ~; kalsium ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidroksida


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ion hidroksidahydroxide ionIon dengan formula OH- . Hidroksida logam biasanya bersifat bes, yang larut dalam air membentuk alkali, manakala hidroksida bukan logam bersifat asid.Menengah Atas
natrium hidroksidasodium hydroxidePepejal yang berwarna putih, menyerap air dan karbon dioksida daripada udara, larut dalam air, alkohol dan gliserol. Natrium hidroksida digunakan dalam pembuatan bahan kimia, kertas, aluminium, sabun dan sebagai bahan uji makmal. Formula NaOH.Menengah Rendah
kalsium hidroksidacalcium hydroxideSebatian tak organik yang berbentuk hablur putih, larut dalam air, gliserol dan asid tetapi tidak larut dalam alkohol. Kalsium hidroksida banyak digunakan untuk membuat mortar dan simen. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur mati. Formula Ca(OH)2.Menengah Rendah
molarmolarKepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling.Menengah Atas
air kapurlimewaterLarutan kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila gas karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk.Menengah Rendah
air kapurlime waterLarutan akueus kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk.Menengah Atas
alkalialkalineBahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidroksida (OH–). Ia menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit, dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air.Menengah Atas
kalium sulfatpotassium sulphateGaram pepejal putih yang terhasil daripada peneutralan kalium hidroksida atau kalium karbonat dengan asid sulfurik. Formula K2SO4.Menengah Rendah
saponifikasisaponificationProses hidrolisis ester (lemak dan minyak) yang dimangkinkan oleh ion hidroksida, OH-.Menengah Atas
bateri alkalialkaline batterySel utama yang menggunakan elektrolit beralkali, biasanya kalium hidroksida, yang membekalkan beza keupayaan 1. 5V.Menengah Atas
12

Kembali ke atas