hujan asid | acid rain | Hujan yang terbentuk disebabkan air hujan mengandungi asid nitrik dan asid sulfurik. Pembentukannya disebabkan pencampuran air hujan dengan gas cemar udara seperti gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang melarut dalam air hujan. | Menengah Rendah |
hujan meteor | meteor shower | Fenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hujan asid | acid rain | Hujan yang mengandungi gas berasid yang membahayakan benda hidup dan merosakkan bangunan. | Sekolah Rendah |
hujan asid | acid rain | Hujan yang terbentuk apabila gas sulfur dioksida, karbon oksida dan nitrogen dioksida terlarut di dalamnya. | Menengah Atas |
kemarau | drought | Keadaan kering kontang dan tidak berair kerana tiada hujan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
banjir kilat | flash flood | Kenaikan paras air yang cepat dalam masa singkat akibat hujan yang sangat lebat dan saliran air yang tersumbat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
iklim | climate | Pola cuaca di sesuatu kawasan tertentu dari semasa ke semasa. Iklim dipengaruhi oleh angin, suhu dan taburan hujan, keamatan cahaya, topografi dan altitud. | Menengah Rendah |
kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan antara atmosfera, daratan dan lautan. Penyejatan air dari permukaan bumi membentuk wap air, yang akan terkondensasi membentuk awan dan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk hujan atau salji. Lihat Rajah | Menengah Rendah |