litar bersiri | series circuit | Litar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
litar bersiri | series circuit | Litar yang menyambungkan dua atau lebih komponen secara sederet dari hujung ke hujung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tiub tapis | sieve tube | Tiub di dalam tisu floem, yang terbina daripada sel tapis yang bersambung dari hujung ke hujung dan dipisahkan oleh plat tapis, berfungsi dalam pengangkutan sebatian organik terutamanya gula ke seluruh bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
hasta | cubit | Ukuran yang panjangnya dari hujung siku hingga ke hujung jari hantu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
depa | arm span | Ukuran dari hujung jari tangan hingga ke hujung jari tangan yang satu lagi dalam keadaan tangan direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
jengkal | span | Ukuran panjang di antara hujung ibu jari tangan dengan hujung jari yang lain yang direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kutub | pole | 1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
termometer klinik | clinical thermometer | Termometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
stigma | stigma | Bahagian hujung pistil yang melekit, yang menerima debunga. Lihat Rajah | Menengah Rendah |