Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.raian] | هوراين

Definisi : 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melaku­kan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.raian] | هوراين

Definisi : keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
zuriatoffspringOrganisma baharu yang terhasil daripada proses pembiakan.Menengah Rendah
zinkzincUnsur logam yang boleh larut dalam asid dan alkali tetapi tidak larut dalam air yang mempunyai takat lebur 419°C serta bertakat didih 907°C. Zink digunakan untuk membuat aloi, elektrod sel kering dan bahagian kenderaan.Menengah Rendah
zigotzygoteSel yang terbentuk hasil daripada persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. Lihat RajahMenengah Rendah
zat terlarutsoluteBahan yang boleh larut dalam pelarut.Menengah Rendah
zarahparticleBahagian terkecil suatu jirim seperti atom, ion dan molekul. Zarah-zarah dalam jirim sentiasa bergerak dan jenis pergerakannya berbeza dalam pepejal, cecair dan gas.Menengah Rendah
zakarpenisOrgan senggama yang terdapat pada haiwan jantan dan individu lelaki.Menengah Rendah
yolkayolkMakanan yang tersimpan di dalam telur untuk kegunaan embrio. Bagi telur yang tersenyawa, embrio terletak di permukaan yolka. Yolka dikenali juga sebagai kuning telur. Lihat RajahMenengah Rendah
yisyeastOrganisma unisel dalam kumpulan kulat, menghasilkan enzim yang menukarkan glukosa kepada alkohol dan karbon dioksida semasa fermentasi. Yis membiak secara pertunasan. Yis dikenali juga sebagai ragi. Lihat RajahMenengah Rendah
xilemxylemTisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat RajahMenengah Rendah
wayar neutralneutral wireWayar yang membawa arus elektrik dari rumah kembali ke stesen pencawang bahagian. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas