sirip | fin | Bahagian pada ikan yang membantunya berenang dan mengekalkan keseimbangan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sirip | fin | Struktur yang mengunjur daripada badan ikan yang digunakan untuk bergerak dan mengimbang badan dalam air. | Menengah Rendah |
insang | gill | Organ pernafasan bagi haiwan akuatik khususnya ikan dan berudu. Bagi tumbuhan seperti cendawan, insang merupakan struktur bermembran yang pipih dan lebar. | Menengah Rendah |
sisik | scale | Liputan luar badan haiwan tertentu seperti ikan, buaya atau ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
vertebrat | vertebrate | Kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Contohnya, ikan dan burung. | Menengah Rendah |
pengasinan | salting | Proses mengawet bahan makanan menggunakan garam. Contohnya, ikan masin. | Sekolah Rendah |
dugong | dugong | Sejenis haiwan laut yang rupanya seakan-akan ikan paus kecil dan mempunyai kaki sirip. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
penyalaian | smoking | Proses mengawet bahan makanan menggunakan asap. Asap boleh membunuh bakteria dan mikroorganisma, mengeringkan dan juga memberikan rasa kepada makanan. Contohnya, ikan salai dan pisang salai. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
plankton | plankton | Organisma halus yang terapung-apung di dalam air dan menjadi sumber makanan yang penting kepada organisma akuatik yang lebih besar seperti ikan paus. | Menengah Rendah |
haiwan berdarah sejuk | cold blooded animals | Haiwan yang mempunyai suhu badan yang dapat berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan reptilia, ikan dan invertebrat. | Menengah Rendah |