Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mun] | ايمون

Definisi : (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mun] | ايمون

Definisi : ist tidak dpt diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit kerana adanya antibodi, suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap penyakit polio. mengimunkan membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imun


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengimunanimmunizationProses menjadikan seseorang imun secara buatan sama ada melalui suntikan antiserum atau penggunaan vaksin.Menengah Atas
virus imunodefisiensi manusia (HIV)human immunodeficiency virus (HIV)Sejenis virus yang disebarkan melalui cecair badan yang boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan penyakit AIDS.Menengah Rendah

Kembali ke atas