jalur dwilogam | bimetallic strip | Kepingan yang dibentuk daripada cantuman dua logam yang mempunyai kadar pengembangan yang berbeza. Perbezaan ini menyebabkan kepingan ini membengkok apabila dipanaskan. | Menengah Rendah |
sel pengawal | guard cell | Sel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mikropil | micropyle | Liang pada bahagian hujung ovul yang membolehkan tiub debunga masuk. Liang ini dapat dilihat pada kulit biji benih yang matang. Liang ini membenarkan udara dan wap air masuk. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
logam alkali bumi | alkaline earth metal | Logam yang tergolong dalam kumpulan 2 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada kalsium, barium, strontium, dan radium. Logam ini berwarna putih, kurang reaktif berbanding dengan logam alkali. | Menengah Atas |
kertas kobalt klorida | cobalt chloride paper | Kertas turas yang direndam di dalam larutan kobalt klorida. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Warna kertas ini akan berubah daripada biru kepada merah jambu dengan kehadiran air. | Menengah Rendah |
salur alimentari | alimentary canal | Salur yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Salur ini berfungsi untuk menerima dan mencernakan makanan, menyerap nutrien, dan membuang kumuhan. Salur ini terdiri daripada rongga mulut, esofagus, perut dan usus. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sel kon | cone cell | Sel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang. | Menengah Atas |
membran timpanum | tympanic membrane | Membran keras yang menutupi bukaan luar telinga tengah. Membran yang terdiri daripada tisu gentian kolagen ini berfungsi menghantar getaran ke telinga tengah. Membran ini dikenali juga sebagai gegendang telinga. | Menengah Rendah |
faktor Rhesus | Rhesus factor | Antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-. | Menengah Atas |
usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |