Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.put] | اينڤوت

Definisi : 1. sumber yg diperlukan utk pengeluaran: ~ pengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia utk diproses; 2. (Komp) perisian atau data yg dibawa ke dlm sistem utk diproses; 3. sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: sidang itu bertujuan memberikan ~ kpd penggiat teater; penceramah agama dr luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yg lebih meluas; 4. (Fiz) daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin; menginput (Komp) memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer; pengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yg disediakan; penginputan (Komp) perihal menginput data dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer sedang giat dijalankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.put] | اينڤوت

Definisi : 1 sumber yg diperlukan utk pengeluaran: Asas kemajuan ini terletak pd pengurusan tanah dan ~ lain. 2 sesuatu spt data yg dimasukkan ke dlm mesin atau sistem. 3 sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: Buku ini memberikan ~ yg penting, terutamanya dr segi ilmu kebahasaan. 4 ist daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap sesuatu litar, mesin dll. menginput memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: Pengguna juga bertanggungjawab ~ segala maklumat urusan. penginputan proses atau perbuatan menginput data, maklumat dsb ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata input


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
getgatePeranti elektronik yang mempunyai satu atau lebih isyarat input dan satu isyarat output. Peranti ini biasanya digunakan di dalam komputer digit dan beroperasi secara digit perduaan.Menengah Atas
kecekapanefficiencyPeratus nisbah tenaga atau kuasa output kepada tenaga atau kuasa input.Menengah Atas
kecekapan tenagaenergy efficiencyPerihal nisbah penukaran tenaga antara tenaga output dengan tenaga input penukaran tenaga.Menengah Rendah
gegelung primerprimary coilLingkaran wayar dari bekalan kuasa pada transformer yang mengalirkan arus input ulang-alik.Menengah Atas
get logiklogic gateLitar yang melakukan operasi logik. Litar logik mempunyai satu atau lebih input dan satu output. Get-get asas ialah get ATAU, get DAN, get TAK, serta gabungan get-get asas seperti get TAK ATAU dan get TAK DAN.Menengah Atas

Kembali ke atas