Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.rak.si] | اينترکسي

Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.rak.si] | اينترکسي

Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau ~ di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interaksi


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
interaksiinteractionPerhubungan yang aktif dan saling bergantungan antara benda hidup.Sekolah Rendah
interaksi antara organisma hidupinteraction between living organismsPerhubungan yang berlaku antara satu organisma dengan organisma lain dalam sesuatu habitat. Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengekalkan saiz populasi dalam sesuatu ekosistem dan seterusnya mengekalkan ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
simbiosissymbiosisInteraksi antara dua atau lebih organisma yang berlainan spesies, yang hidup bersama-sama. Simbiosis terbahagi kepada tiga, iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme.Menengah Rendah
persaingancompetitionProses interaksi antara organisma bagi memperoleh keperluan asas yang sama dan terhad.Sekolah Rendah
keseimbangan alambalance of natureInteraksi antara hidupan dengan alam sekitar yang harmoni.Sekolah Rendah
keseimbangan alambalance of natureInteraksi antara organisma dengan alam sekitar yang harmoni.Menengah Atas
ekosistem seimbangbalanced ecosystemEkosistem yang melibatkan interaksi secara harmoni antara organisma dengan organisma lain dan antara organisma dengan persekitaran.Menengah Rendah

Kembali ke atas