ujian iodin | iodine test | Ujian untuk mengesan kehadiran kanji. Ujian dilakukan dengan mencampurkan satu atau dua titik larutan iodin ke dalam sampel yang akan diuji. Pembentukan warna biru tua menunjukkan kehadiran kanji dalam sampel tersebut. | Menengah Rendah |
goiter | goiter | Pembengkakan leher akibat pembesaran kelenjar tiroid yang disebabkan oleh kekurangan iodin dalam darah. | Menengah Atas |
goiter | goitre | Pembesaran kelenjar tiroid yang menyebabkan bengkak di bahagian leher akibat kekurangan iodin dalam diet. | Menengah Rendah |
penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, larutan iodin digunakan sebagai penunjuk kehadiran kanji. | Menengah Rendah |
penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, fenolftalein, iodin, dan larutan Benedict. | Menengah Atas |
halogen | halogen | Unsur-unsur yang tergolong dalam kumpulan 17 jadual berkala, terdiri daripada fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin. | Menengah Atas |
pemejalwapan | sublimation | Proses perubahan keadaan jirim daripada pepejal terus kepada gas atau sebaliknya tanpa melalui fasa cecair. Contohnya, pemanasan iodin. | Menengah Rendah |
antiseptik | antiseptic | Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit, luka dan alatan pembedahan. Contohnya, iodin, alkohol dan asid borik. | Menengah Rendah |