isi padu molar | molar volume | Isi padu yang dipenuhi oleh satu mol sesuatu bahan pepejal, cecair, atau gas. Ia ini juga dikenali sebagai isi padu mol. | Menengah Atas |
isi padu | volume | Ukuran ruang yang menempatkan sesuatu jasad atau jisim bendalir. Isi padu diukur dalam unit meter padu, m3 atau liter, l. | Menengah Rendah |
isi padu | volume | Ukuran ruang yang diisi oleh sesuatu jasad atau bendalir. Isi padu lazimnya diukur dalam unit meter padu atau liter. | Menengah Atas |
isi padu | volume | Besarnya sesuatu ruang yang dipenuhi oleh sesuatu pepejal, cecair atau gas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
liter | litre | Unit isi padu cecair yang bersamaan dengan 1000 mililiter. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
liter | litre | Unit untuk menyukat isi padu cecair. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Bahan yang mempunyai jisim, isi padu yang tetap dan tidak mempunyai bentuk tetap tetapi mengikut bentuk bekasnya. Contohnya, air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ketumpatan | density | 1. Jisim per unit isi padu sesuatu bahan. 2. Keamatan penggunaan tanah yang dikira berdasarkan bilangan orang bagi setiap unit keluasan. | Menengah Atas |
buret | burette | Tiub kaca yang bersenggat, untuk mengukur isi padu cecair dengan tepat. | Menengah Rendah |
pepejal | solid | Bahan yang mempunyai bentuk, jisim dan isi padu yang tetap. Contohnya, bongkah kayu. | Sekolah Rendah |