arus terus (a.t) | direct current (d.c.) | Arus elektrik yang mengalir dalam arah sehala dan dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti sel kering dan akumulator kereta. | Menengah Rendah |
riket | rickets | Penyakit kecacatan tulang pada manusia atau haiwan muda, akibat kekurangan vitamin D. Lihat Rajah | Menengah Atas |
vitamin | vitamin | Bahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K. | Menengah Rendah |