jengkal | span | Ukuran panjang di antara hujung ibu jari tangan dengan hujung jari yang lain yang direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
depa | arm span | Ukuran dari hujung jari tangan hingga ke hujung jari tangan yang satu lagi dalam keadaan tangan direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cap jari DNA | DNA finger printing | Jujukan asid deoksiribonukleik (DNA) yang digunakan untuk mengenal pasti seseorang individu. | Menengah Atas |
nadi | pulse | Denyutan arteri secara beritma yang dapat dirasai dengan jari. | Menengah Rendah |
hasta | cubit | Ukuran yang panjangnya dari hujung siku hingga ke hujung jari hantu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
beri-beri | beri-beri | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B. Ciri-ciri penyakit ini ialah lemah otot dan menggigil pada jari tangan serta kaki. | Menengah Rendah |
petua genggaman tangan kanan | right hand grip rule | Panduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |