rabun jauh | short-sightedness | Ketidakupayaan melihat sesuatu objek dari jarak jauh dengan jelas. Objek tersebut kelihatan kabur. | Menengah Rendah |
penderiaan jauh | remote sensing | Proses mengkaji, mengumpul dan merekod maklumat tentang sesuatu objek dari jarak jauh menggunakan peranti perakaman. | Menengah Rendah |
teleskop | telescope | Peranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
had keupayaan | limitation | Tahap kemampuan bagi manusia untuk melakukan sesuatu. Contohnya, kemampuan untuk melihat dari jarak jauh. | Sekolah Rendah |
telegraf | telegraph | Alat yang digunakan untuk menghantar mesej atau berita dengan cepat dari satu tempat ke tempat yang jauh menggunakan kuasa elektrik. | Sekolah Rendah |
fasa luteum | luteal phase | Fasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain. | Menengah Atas |