gigi kacip | incisor | Gigi berbentuk seakan-akan pahat, terletak di bahagian hadapan rahang. Gigi kacip berfungsi untuk menggigit, mengerat dan mericih makanan. | Menengah Rendah |
gigi kacip | incisor | Gigi yang berbentuk seperti pahat dan terletak di bahagian depan rahang. Gigi kacip berfungsi untuk memotong makanan. | Sekolah Rendah |
omnivor | omnivore | Haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang. | Menengah Rendah |
gigi taring | canine tooth | Gigi yang berbentuk kon dan tajam, terletak di belakang gigi kacip. Gigi ini berfungsi untuk menebuk, menggigit dan mengoyak daging atau makanan lain. | Menengah Rendah |
gigi taring | canine teeth | Gigi yang berbentuk seperti kon, tajam, mempunyai satu akar, dan terletak di belakang gigi kacip. Gigi taring berfungsi untuk menyiat makanan. | Sekolah Rendah |
gigi kekal | permanent teeth | Gigi yang tumbuh menggantikan gigi susu. Biasanya bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. Set gigi ini termasuklah gigi kacip, gigi taring, geraham kecil, dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gigi susu | milk teeth | Gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |