biologi | biology | Kajian tentang benda hidup. Terdapat dua bidang asas biologi, iaitu zoologi (kajian tentang haiwan) dan botani (kajian tentang tumbuhan). | Menengah Rendah |
kajian genetik | genetics | Kajian berkaitan pewarisan dan variasi. | Menengah Atas |
arkeologi | archaeology | Kajian saintifik tentang peninggalan zaman purba. Kajian dibuat melalui penggalian dan penghuraian kesan-kesan peninggalannya. | Menengah Rendah |
biokimia | biochemistry | Kajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain. | Menengah Atas |
geologi | geology | Kajian tentang bumi dari segi asal-usul, struktur dan komposisi bumi. | Menengah Rendah |
aerodinamik | aerodynamics | Kajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui bendalir (cecair, udara atau gas). | Menengah Rendah |
biogeografi | biogeography | Kajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terdapat di bumi. | Menengah Atas |
aerodinamik | aerodynamic | Kajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui udara atau gas. | Menengah Atas |
elektrostatik | electrostatic | Bidang kajian cas elektrik yang pegun atau elektrik statik. | Menengah Atas |
elektrik statik | static electricity | Kajian tentang kesan cas elektrik yang berada dalam keadaan statik, daya di antaranya dan medan elektrik. | Menengah Rendah |