Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mé.ra] | کاميرا

Definisi : (kaméra) alat utk mengambil gambar foto; ~ digital kamera yg menghasilkan imej digi­tal yg boleh disimpan dlm komputer, dipapar­kan pd skrin dan dicetak; ~ kandid kamera kecil utk mengambil gambar seseorang, biasanya tanpa pengetahuannya; ~ polaroid kamera yg dapat menghasilkan gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil; ~ video kamera yg dapat merakamkan gambar serta bunyi; ~ web sj kamera yg disambungkan pd komputer, yg menghasilkan imej bergerak yg dapat dilihat pd skrin komputer menerusi Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mé.ra] | کاميرا

Definisi : /kaméra/ alat utk mengambil gambar. ~ digital kamera yg menghasilkan imej digital yg boleh disimpan dlm komputer, dipaparkan pd skrin dan dicetak. ~ polaroid kamera yg dpt menghasilkan gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil. ~ video kamera yg dpt merakamkan gambar serta bunyi pd pita video dan memancarkannya pd skrin monitor (televisyen dsb). ~ web sj kamera yg disambungkan pd komputer, yg menghasilkan imej bergerak yg dpt dilihat pd skrin komputer menerusi Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamera


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kamera lubang jarumpin hole cameraKamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat RajahMenengah Atas
mikroskop digitaldigital microscopeMikroskop yang mengandungi kamera digital yang sangat kecil, yang dihubungkan ke komputer. Imej objek akan dilihat melalui kanta mata dan dipaparkan melalui monitor komputer. Lihat RajahSekolah Rendah
diafragmadiaphragm1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera.Menengah Atas

Kembali ke atas