karnivor | carnivore | Haiwan yang memakan daging. Haiwan jenis ini mempunyai gigi taring yang tajam dan otot rahang yang kuat untuk menggigit, menyiat dan mengunyah makanan. Contohnya, harimau dan singa. | Menengah Rendah |
karnivor | carnivore | Haiwan yang memakan haiwan lain sahaja. Contohnya, harimau memakan kijang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pengguna tertier | tertiary consumer | Karnivor yang lebih besar atau omnivor yang memakan pengguna sekunder. | Menengah Rendah |
pengguna sekunder | secondary consumer | Organisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar. | Menengah Rendah |
pengguna | consumer | Organisma yang memperoleh makanannya dengan memakan organisma lain. Pengguna terdiri daripada karnivor, herbivor, omnivor, parasit dan pembangkai. | Menengah Rendah |
pengguna | consumer | Organisma yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri. Organisma ini terdiri daripada kumpulan haiwan karnivor, herbivor, omnivor, parasit, atau pengurai. | Sekolah Rendah |