ventrikel | ventricle | Ruang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri. | Menengah Atas |
ayunan | oscillation | Gerakan ke depan dan ke belakang dari satu titik asal. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
graviti | gravity | Fenomena daya yang bertindak ke atas jasad ke arah pusat bumi. | Menengah Atas |
darah beroksigen | oxygenated blood | Darah yang mempunyai kepekatan oksigen yang tinggi, dibawa dari paru-paru ke jantung dan ke seluruh badan. | Menengah Rendah |
darah terdeoksigen | deoxygenated blood | Darah yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah, dibawa dari seluruh badan ke jantung dan kemudian ke paru-paru. | Menengah Rendah |
tujah ke atas | upthrust | Daya ke atas yang dikenakan terhadap jasad yang terendam di dalam bendalir. Nilai daya tersebut adalah sama dengan berat bendalir yang disesarkan. | Menengah Atas |
tekanan akar | root pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
angkasawan | astronaut | Orang yang dilatih untuk mengikuti misi ke angkasa lepas dan pergi ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa. | Menengah Rendah |
migrasi | migration | Perpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya. | Menengah Atas |
tiub debunga | pollen tube | Tiub yang terbentuk apabila debunga jatuh ke atas stigma dan bercambah ke bawah menerusi stil untuk membawa gamet jantan kepada ovul. | Menengah Atas |