sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
meteorit | meteorite | Meteor yang tidak terbakar dan jatuh ke atas tanah membentuk kawah. Kandungannya ialah 90 peratus batu dan bakinya mengandungi nikel dan besi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kala jengking | scorpion | Haiwan yang berkaki lapan, berbadan memanjang, mempunyai abdomen dan ekor bersegmen yang membengkok ke atas. Kala jengking mempunyai sengat di hujung ekornya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gerhana bulan | eclipse of the moon | Kejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pendebungaan | pollination | 1. Pemindahan debunga daripada anter ke stigma sebelum persenyawaan berlaku pada angiosperma. 2. Pemindahan debunga daripada kon jantan ke kon betina sebelum persenyawaan pada gimnosperma. | Menengah Atas |
gelung Henle | loop of Henle | Bahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
ileum | ileum | Bahagian distal usus kecil, iaitu dari jejunum ke sekum. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
arteri | artery | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
pelantak cerucuk | pile driver | Alat yang digunakan untuk memacu cerucuk ke dalam tanah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |