Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke belakang

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sedepa jalan ke muka,
     setelempap jalan ke belakang.

Bermaksud :

Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sumbuhornStruktur runcing yang melengkung ke belakang dari bahagian hidung badak. Lihat RajahSekolah Rendah
ayunanoscillationGerakan ke depan dan ke belakang dari satu titik asal. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas