ventrikel | ventricle | Ruang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri. | Menengah Atas |
uretra | urethra | Salur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki. | Menengah Rendah |
kanta cembung | convex lens | Kanta yang permukaannya melengkung ke luar. Ia boleh menumpukan cahaya yang menerusinya. Lihat Rajah | Menengah Atas |
uretra | urethra | Salur yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh mamalia. | Menengah Atas |
kanta dwicembung | biconvex lens | Kanta yang kedua-dua permukaannya melengkung ke luar. Ia boleh menumpukan cahaya yang menerusinya. Lihat Rajah | Menengah Atas |
cermin cembung | convex mirror | Cermin yang mempunyai permukaan pemantul yang bentuknya melengkung ke luar di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar mencapah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
pantulan cahaya | reflection of light | Sinar cahaya yang bergerak dalam garis lurus dan melantun ke luar objek. Permukaan yang bersinar akan memberikan pantulan imej kepada mata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
faraj | vagina | Saluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita. | Menengah Rendah |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu. | Menengah Rendah |
liang peluh | sweat pore | Bukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |