mekanisme kawal atur | regulatory mechanism | Sistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah. | Menengah Atas |
keadaan fizikal | physical state | Bentuk kewujudan sesuatu bahan. Terdapat tiga keadaan jirim sesuatu bahan, iaitu pepejal, cecair dan gas. | Menengah Atas |
tenggelam | sink | Keadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair. | Menengah Rendah |
pepejal | solid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |
astigmatisme | astigmatism | Keadaan penglihatan yang kabur akibat kelengkungan kanta atau kornea yang tidak licin atau seragam. Kesannya, alur cahaya dari objek terfokus pada titik yang berlainan, sama ada di hadapan atau di belakang retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tercemar | contaminated | Keadaan bahan yang tidak selamat digunakan atau dimakan kerana dicemari oleh mikroorganisma atau bahan yang beracun. Contohnya, makanan yang telah rosak. | Sekolah Rendah |
terancam | endangered | Keadaan sesuatu yang sedang menghadapi bahaya. | Sekolah Rendah |
reput | decay | Keadaan sesuatu organisma yang hancur atau musnah secara semula jadi. | Sekolah Rendah |
pupus | extinct | Keadaan sesuatu spesies tumbuhan dan haiwan yang tidak lagi wujud pada waktu ini. Contohnya, dinosaur. | Sekolah Rendah |