Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebocoran


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemutus litarcircuit-breakerAlat untuk menghentikan aliran arus elektrik akibat litar pintas atau kebocoran elektrik.Menengah Rendah
pemutus litar miniaturminiature circuit breaker (MCB)Alat keselamatan untuk melindungi perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini memutuskan bekalan elektrik secara automatik sekiranya berlaku kebocoran elektrik atau litar pintas.Menengah Rendah

Kembali ke atas