usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
geraham kecil | premolar | Gigi yang terletak di antara gigi taring dengan gigi geraham besar. | Menengah Rendah |
usus kecil | small intestine | Usus yang berfungsi untuk menghadamkan makanan dan menyerap zat-zat makanan ke dalam darah. | Sekolah Rendah |
vasektomi | vasectomy | Pembedahan kecil untuk memotong dan mengikat duktus sperma. | Menengah Rendah |
sampel | sample | Kuantiti kecil sesuatu bahan yang diuji untuk mendapatkan maklumat dan gambaran keseluruhan tentang sifat bahan tersebut. | Menengah Rendah |
meteoroid | meteoroid | Jasad kecil yang bergerak dalam sistem suria yang akan menjadi meteor sekiranya memasuki atmosfera bumi. | Menengah Rendah |
asteroid | asteroid | Jasad kecil berbatu yang mengelilingi Matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dengan Musytari. | Menengah Rendah |
tanah | soil | Serpihan kecil batu dan bahan reputan daripada hidupan yang telah mati. | Sekolah Rendah |
vesikel | vesicle | Rongga kecil atau kantung yang mengandungi hasil metabolisme, dikelilingi membran, dan mungkin terdapat di dalam sitoplasma sel atau organel. | Menengah Atas |