tuas kelas kedua | second class lever | Tuas yang bebannya terletak di antara fulkrum dengan daya. Contohnya, kereta sorong dan pembuka tudung botol. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Zuhrah | Venus | Planet yang kedua jauhnya dari matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kanta dwicembung | biconvex lens | Kanta yang kedua-dua permukaannya melengkung ke luar. Ia boleh menumpukan cahaya yang menerusinya. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kanta dwicekung | biconcave lens | Kanta yang kedua-dua permukaannya melengkung ke dalam. Ia boleh mencapahkan cahaya yang menerusinya. Lihat Rajah | Menengah Atas |
pipet | pipette | Tiub kaca yang sempit dan kedua-dua hujungnya terbuka untuk memindahkan serta mengukur isi padu cecair. | Menengah Rendah |
penglihatan stereoskopik | stereoscopic vision | Penglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berada di hadapan kepala. Penglihatan ini menghasilkan imej tiga dimensi dan jarak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi medan penglihatannya sempit. Haiwan pemangsa biasanya mempunyai penglihatan stereoskopik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penglihatan monokular | monocular vision | Penglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berkedudukan di sisi kepala. Medan penglihatan amat luas tetapi jarak tidak dapat dianggar dengan tepat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ketagihan | addiction | Kebergantungan fizikal atau psikologi atau kedua-duanya pada sesuatu bahan terutamanya terhadap alkohol atau dadah. | Menengah Rendah |
pendengaran stereofonik | stereophonic hearing | Keupayaan untuk mendengar menggunakan kedua-dua telinga bagi menentukan arah bunyi dengan tepat. | Menengah Rendah |
tanah runtuh | landslide | Penggelongsoran tanih, batuan, atau campuran kedua-duanya. | Menengah Atas |