penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, larutan iodin digunakan sebagai penunjuk kehadiran kanji. | Menengah Rendah |
ujian iodin | iodine test | Ujian untuk mengesan kehadiran kanji. Ujian dilakukan dengan mencampurkan satu atau dua titik larutan iodin ke dalam sampel yang akan diuji. Pembentukan warna biru tua menunjukkan kehadiran kanji dalam sampel tersebut. | Menengah Rendah |
penunjuk hidrogen karbonat | hydrogen carbonate indicator | Penunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida. | Menengah Rendah |
kertas kobalt klorida | cobalt chloride paper | Kertas turas yang direndam di dalam larutan kobalt klorida. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Warna kertas ini akan berubah daripada biru kepada merah jambu dengan kehadiran air. | Menengah Rendah |
kertas litmus | litmus paper | Kertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
elektroskop | electroscope | Alat untuk mengesan kehadiran cas elektrik dan mengenal pasti jenis cas. Contoh elektroskop ialah kerajang emas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hidrotropisme | hydrotropism | Gerak balas tumbuhan terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, pertumbuhan akar ke arah kawasan lembap atau berair. | Menengah Rendah |
penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, fenolftalein, iodin, dan larutan Benedict. | Menengah Atas |
ujian Millon | Millon’s test | Ujian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan. | Menengah Rendah |
ujian Benedict | Benedict’s test | Ujian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict. | Menengah Rendah |