Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.mi.lan] | کحاميلن

Definisi : keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertam­bah di Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hamil (adjektif)
Bersinonim dengan mengandung, bunting, sarat, berbadan dua, bertian, besar perut;,
Kata Terbitan : menghamilkan, kehamilan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pencegahan kehamilanbirth controlProses untuk menghalang kehamilan dengan menggunakan kaedah tertentu seperti penggunaan pil, suntikan atau IUCD.Menengah Rendah
kehamilanpregnancyPerihal perkembangan fetus (janin) dalam rahim wanita. Kehamilan biasanya berlaku kira-kira 38 minggu.Menengah Rendah
tempoh kehamilangestation periodJangka masa perkembangan embrio yang bermula dari persenyawaan hingga waktu kelahiran.Menengah Rendah
ligasiligationKaedah mencegah kehamilan dengan cara memotong dan mengikat tiub Fallopio. Lihat RajahMenengah Rendah
kondomcondomAlat pencegah kehamilan untuk lelaki, diperbuat daripada getah atau membran semula jadi. Alat ini juga digunakan untuk mencegah penyakit kelamin.Menengah Rendah
penempelanimplantationProses pelekatan ovum tersenyawa pada dinding uterus di peringkat awal kehamilan.Menengah Rendah
pil pencegah hamilcontraceptive pillPil yang diambil secara oral oleh wanita untuk menghalang kehamilan.Menengah Rendah
alat kontraseptif dalam rahim (IUCD)intrauterine contraceptive device (IUCD)Alat yang dipasang di dalam rahim wanita bagi mencegah kehamilan.Menengah Rendah
diafragmadiaphragm1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera.Menengah Atas

Kembali ke atas