Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ha.tan] | کليهتن

Definisi : boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ha.tan] | کليهتن

Definisi : 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang keduduk kayu hutan,
     Hijau biru kelihatan;
Mana duduk di pangku tuan,
     Lemah lesu rasa badan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Busuk,
     busuk embacang.

Bermaksud :

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
koronacoronaLapisan paling luar yang kelihatan di sekeliling matahari dan hanya kelihatan apabila berlakunya gerhana penuh matahari.Menengah Rendah
bintangstarObjek yang kelihatan bercahaya dan berkerdip di langit pada waktu malam.Sekolah Rendah
koronacoronaLingkaran cahaya yang kelihatan di keliling matahari atau bulan, terutamanya ketika kejadian gerhana penuh. Lihat RajahSekolah Rendah
berkilatshinySifat sesuatu objek yang kelihatan bersinar. Contohnya, barang kemas dan kerajang aluminium. Lihat RajahSekolah Rendah
nebulanebulaKepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam.Menengah Rendah
auroraauroraFenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat RajahMenengah Rendah
udaraairCampuran pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di atmosfera.Sekolah Rendah
meniskusmeniscusPermukaan cecair dalam satu bekas yang kelihatan melengkung pada bahagian permukaan cecair akibat tindakan daya pada permukaannya. Lihat RajahSekolah Rendah
anak bulannew moonFasa bulan yang tidak kelihatan dari bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
dalam ketaraapparent depthUkuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut.Menengah Atas
12

Kembali ke atas