membran sel | cell membrane | Membran nipis separa tetap yang menyaluti sel. Membran ini berfungsi untuk mengawal keluar masuk bahan dalam sel. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
elektrod | electrode | Konduktor pepejal biasanya logam atau karbon yang diletakkan dalam elektrolit untuk membenarkan arus elektrik keluar masuk semasa elektrolisis. | Menengah Rendah |
pengudaraan | aeration | Proses pergerakan udara masuk dan keluar. | Menengah Rendah |
tangki balast | ballast tank | Ruang khas pada badan kapal selam tempat air dipam masuk untuk menenggelamkan kapal tersebut, dan air ini boleh dipam keluar untuk menimbulkan kapal tersebut di permukaan laut. Lihat Rajah | Menengah Atas |