keluli | steel | Bahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin. | Menengah Rendah |
wul keluli | steel wool | Gumpalan benang keluli yang sangat halus, yang digunakan untuk membersihkan sesuatu peralatan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
keluli | steel | Logam keras yang diperbuat daripada campuran besi dengan karbon. Keluli dikenali juga sebagai besi waja. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
penggalvanian | galvanization | Proses menyadur permukaan keluli atau besi dengan zink bagi mengelak berlakunya pengaratan. | Menengah Rendah |
mangan | manganese | Unsur logam peralihan kumpulan 7 jadual berkala, simbolnya, Mn yang digunakan dalam pembuatan keluli dan aluminium. | Menengah Atas |
relau | furnace | Kebuk atau struktur ruang bertutup yang mengandungi sumber haba seperti arang batu atau gas, yang digunakan untuk memproses keluli, melebur besi dan mengekstrak logam daripada bijihnya. | Menengah Rendah |
aloi | alloy | Campuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi lebih keras, lebih cantik dan tahan hakisan. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum, manakala keluli ialah campuran besi dan karbon. | Menengah Rendah |