kepekatan | concentration | Kuantiti zat terlarut yang wujud di dalam larutan dengan isi padu tertentu, lazimnya diukur dalam mol per liter (kemolaran). | Menengah Atas |
kepekatan | concentration | Perihal kuantiti zat terlarut yang wujud dalam larutan dengan isi padu tertentu. Kepekatan diukur dalam mol per liter. | Menengah Rendah |
osmosis | osmosis | Pergerakan bebas molekul air dari kawasan kepekatan bahan terlarut yang rendah ke kawasan kepekatan bahan terlarut yang tinggi, melalui membran separa telap sehingga keseimbangan dicapai. | Menengah Atas |
molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |
pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pentitratan | titration | Kaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu isi padu suatu larutan dengan mencampurkan larutan lain yang diketahui isi padunya melalui buret secara perlahan-lahan sehingga takat akhir dicapai dengan bantuan penunjuk. | Menengah Rendah |
darah terdeoksigen | deoxygenated blood | Darah yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah, dibawa dari seluruh badan ke jantung dan kemudian ke paru-paru. | Menengah Rendah |
darah beroksigen | oxygenated blood | Darah yang mempunyai kepekatan oksigen yang tinggi, dibawa dari paru-paru ke jantung dan ke seluruh badan. | Menengah Rendah |
air lembut | soft water | Air yang mengandungi kepekatan rendah garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum. Air ini mudah berbuih dengan sabun. | Menengah Atas |
bahan tambah | additive | Bahan yang dicampurkan ke dalam bahan utama, lazimnya pada kepekatan yang rendah untuk fungsi tertentu. Contohnya, bahan pengantioksida, bahan perencat, dan bahan awet. | Menengah Atas |