Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya; ~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perinĀ­tah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiak I

Puisi
 

Masa emak mudik ke hulu,
     Buat sunting bunga kenerak;
Masa emak buat baju,
     Bubuh sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kecek bagai ketiak ular.

Bermaksud :

Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ketiak ular).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
topang ketiakcrutchesAlat yang diperbuat daripada kayu atau besi yang diletakkan di bawah ketiak bagi membantu seseorang yang cacat atau cedera pada kakinya untuk berjalan.Menengah Rendah
tunas aksilaxillary budTunas yang tumbuh pada aksil atau ketiak daun.Menengah Atas
nodus limfalymphatic nodesNodus yang terdapat pada sistem limfa. Ia didapati di leher, groin dan ketiak serta berfungsi sebagai penapis mikroorganisma dan menghasilkan limfosit.Menengah Atas
termometer klinikclinical thermometerTermometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas