kilogram | kilogram | Unit jisim yang bersamaan dengan 1000 gram. Simbolnya, kg. | Sekolah Rendah |
kilogram | kilogram | Unit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi jisim. Singkatannya, kg. | Menengah Rendah |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg. | Menengah Rendah |
unit asas | base unit | Unit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg). | Menengah Atas |
jirim | matter | Unsur fizikal yang mempunyai bentuk tertentu dan memenuhi ruang. Jirim wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jumlah jirim bagi sesuatu bahan boleh disukat dari segi jisimnya dalam unit kg. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |