Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.mia] | کيميا

Definisi : ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenal­pastian bahan (analisis kualitatif) dan penen­tuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn meng­gunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg ber­kaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg di­keluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.mia] | کيميا

Definisi : , = ilmu ~ cabang ilmu sains mengenai juzuk, kandungan dan sifat-sifat sesuatu bahan serta tindak balas yg membentuk atau yg mengubah keadaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sifat kimiachemical propertiesCiri sesuatu bahan seperti kestabilan, ketoksikan dan jenis ikatan kimia yang dapat ditentukan dengan melakukan perubahan kimia atau tindak balas kimia.Menengah Atas
bahan kimia fotopekaphotosensitive chemicalBahan kimia yang peka pada cahaya. Tindak balas kimia akan berlaku apabila bahan ini didedahkan kepada cahaya.Menengah Atas
bahan kimiachemicalsBahan yang diperoleh melalui proses kimia atau bahan yang digunakan dalam proses kimia.Menengah Rendah
bahan kimiachemicalsBahan yang diperlukan dalam tindak balas kimia atau yang terhasil daripada tindak balas kimia.Sekolah Rendah
tenaga kimiachemical energyTenaga yang dimiliki oleh sesuatu bahan kimia yang dibebaskan semasa tindak balas kimia.Menengah Rendah
tenaga kimiachemical energyTenaga yang dimiliki oleh sesuatu bahan kimia yang akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. Contohnya, tenaga pada lilin yang menyala. Lihat RajahSekolah Rendah
biokimiabiochemistryKajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain.Menengah Atas
tindak balas kimiachemical reactionPerubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas, bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baharu.Menengah Rendah
tindak balas kimiachemical reactionPerubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baru.Sekolah Rendah
bahan buangan kimiachemical wasteBahan buangan daripada proses kimia dan biasanya dikeluarkan oleh kilang dan bidang pertanian.Sekolah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas