klorin | chlorine | Sejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
pengklorinan | chlorination | Proses penambahan klorin ke dalam sesuatu sebatian organik sama ada melalui tindak balas penambahan atau penggantian. | Menengah Rendah |
klorofluorokarbon (CFC) | chlorofluorocarbon (CFC) | Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, klorin dan fluorin. Sebatian ini boleh memusnahkan lapisan ozon di atmosfera. | Menengah Rendah |
halogen | halogen | Unsur-unsur yang tergolong dalam kumpulan 17 jadual berkala, terdiri daripada fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin. | Menengah Atas |
molekul dwiatom | diatomic molecule | Molekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl). | Menengah Atas |
alkana | alkane | Kumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 . | Menengah Atas |