klorofil | chlorophyll | Bahan hijau pada daun yang membolehkannya membuat makanan sendiri dengan kehadiran cahaya matahari, air dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
klorofil | chlorophyll | Bahan berwarna hijau yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan hijau, terutamanya pada daun. Klorofil menyerap tenaga cahaya untuk digunakan semasa proses fotosintesis. | Menengah Rendah |
kloroplas | chloroplast | Organel yang mengandungi klorofil yang terdapat dalam tumbuhan hijau. | Menengah Rendah |
kulat | fungi | Kumpulan organisma yang tidak mempunyai klorofil, bersifat heterotrof dan mempunyai kitin pada dinding selnya. Kulat membiak melalui spora dan merupakan pengurai yang penting dalam ekosistem, sementara sesetengah yang lainnya bersifat parasit. | Menengah Rendah |
fotosintesis | photosynthesis | Proses biokimia tumbuh-tumbuhan yang mengandungi klorofil mensintesis sebatian organik daripada karbon dioksida dan air, dengan kehadiran cahaya. | Menengah Atas |
grana | grana | Struktur seperti kantung pipih di dalam kloroplas, yang mengandungi klorofil dan enzim fotosintesis lain. | Menengah Atas |
daun | leaf | Bahagian tumbuhan yang terlibat dalam proses fotosintesis kerana ia mengandungi klorofil. | Menengah Rendah |
kulat | fungus | Tumbuh-tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil. Kulat tumbuh pada tumbuh-tumbuhan lain atau pada objek yang telah reput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
fotosintesis | photosynthesis | Proses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dengan adanya cahaya matahari, karbon dioksida, klorofil dan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tindak balas cahaya | light reaction | Peringkat fotosintesis yang berlaku apabila tenaga cahaya diserap oleh klorofil dan berubah menjadi tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP. | Menengah Atas |