Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kod] | کود

Definisi : 1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersem­bunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol­-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg ber­lainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) me­ngekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kod] | کود

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut drpd famili Gadidae, yg minyak drpd hatinya kaya dgn vitamin A dan D. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kod] | کود

Definisi : 1 = tulisan ~ tulisan, tanda dll yg mempunyai erti yg tersembunyi atau yg khusus, atau sbg singkatan. 2 sistem yg menggunakan simbol-simbol utk menyampaikan sesuatu maklumat atau arahan. ~ warna kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kod


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mutasi gengene mutationPerubahan yang berlaku kepada urutan nukleotida dalam DNA yang mengubah kod-kod genetik.Menengah Atas
kod warna antarabangsainternational colour codeKod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat RajahMenengah Rendah
guaninaguanineBes purina yang wujud secara semula jadi sebagai sebahagian daripada kod genetik RNA dan DNA.Menengah Atas

Kembali ke atas