Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodok I

Puisi
 

Anak kodok tepi perigi,
     Buah rambai dalam baldi;
Biar buruk rupa diri,
     Asalkan pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kodok dapat bunga sekuntum.

Bermaksud :

Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kodoktoadHaiwan tidak berekor dengan badan yang gempal dan kaki yang pendek, biasanya mempunyai kulit yang kasar dan menggerutu. Lihat RajahSekolah Rendah
amfibiaamphibianKumpulan haiwan berdarah sejuk yang hidup dalam air pada peringkat awal hayatnya. Contohnya, katak, kodok dan salamander.Menengah Rendah

Kembali ke atas