metabolisme | metabolism | Proses biokimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. | Menengah Atas |
organisma kompleks | complex organism | Organisma hidup yang terdiri daripada banyak sel (multisel). Contohnya, manusia. | Menengah Rendah |
mesin kompleks | complex machine | Gabungan beberapa mesin ringkas. Contohnya, jengkaut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
heparin | heparin | Asid organik kompleks yang ditemui dalam tisu paru-paru dan hati, yang menghalang pengaglutinatan platlet dan pembekuan darah. | Menengah Atas |
minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |
steroid | steroid | Sebatian organik yang kompleks termasuk kolesterol serta hormon seperti estrogen dan progesteron. | Menengah Atas |
reput | decay | Perihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
proses pereputan | decaying process | Penguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia. | Menengah Atas |
pencernaan | digestion | Proses penguraian bahan makanan kompleks kepada molekul ringkas yang mudah diserap. | Menengah Atas |
pencernaan | digestion | Proses pemecahan molekul makanan yang kompleks oleh enzim pencernaan menjadi molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap dan digunakan oleh sel badan. | Menengah Rendah |