konduktor kilat | lightning conductor | Bahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal. | Menengah Rendah |
konduktor | conductor | Bahan yang membolehkan tenaga haba atau arus elektrik melaluinya. Contohnya, dawai kuprum. | Menengah Rendah |
konduktor haba | heat conductor | Bahan yang boleh mengalirkan haba. Contohnya, besi, aluminium dan tembaga. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
konduktor elektrik | electric conductor | Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Contohnya, tembaga, perak dan emas. | Sekolah Rendah |
konduktor | conductor | Bahan yang boleh mengalirkan haba atau arus elektrik. | Sekolah Rendah |
konduktor membawa arus | current-carrying conductor | Bahan yang sedang mengalirkan arus elektrik. | Menengah Atas |
arus aruhan | induced current | Arus elektrik yang mengalir dalam konduktor yang terhasil daripada gerakan relatif magnet dan konduktor. | Menengah Atas |
hukum Ohm | Ohm law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar. | Menengah Atas |
bahan bukan konduktor | non-conductor | Bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik dan haba. | Sekolah Rendah |
elektrod | electrode | Konduktor pepejal biasanya logam atau karbon yang diletakkan dalam elektrolit untuk membenarkan arus elektrik keluar masuk semasa elektrolisis. | Menengah Rendah |