sindrom Down | Down syndrome | Sindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek. | Menengah Atas |
kariotip | karyotype | Susunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X. | Menengah Atas |
mutasi kromosom | chromosome mutation | Perubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi. | Menengah Atas |
gentian gelendong | spindle fibre | Rangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa. | Menengah Atas |
autosom | autosome | Semua kromosom yang terdapat di dalam nukleus sel kecuali kromosom yang menentukan jantina sesuatu organisma. | Menengah Atas |
seks heterogamet | heterogametic sex | Jantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y. | Menengah Atas |
diploid | diploid | Sel atau individu yang mempunyai dua set kromosom di dalam setiap selnya. Satu set kromosom daripada induk jantan dan satu set lagi daripada induk betina. | Menengah Atas |
mitosis | mitosis | Pembahagian nukleus yang menghasilkan dua nukleus anak, mempunyai set kromosom yang sama dengan set kromosom induk. | Menengah Atas |
aneuploidi | aneuploidy | Keadaan apabila bilangan kromosom kurang atau lebih daripada gandaan tepat bilangan haploid. | Menengah Atas |
metafasa | metaphase | Peringkat mitosis atau meiosis apabila kromosom tersusun pada satah khatulistiwa. | Menengah Atas |