Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.dis] | کوديس

Definisi : 1. sj penyakit kulit yg gatal dan ber­jangkit; ~ anjing = ~ api kudis yg besar; ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata badan; 2. ki sesuatu yg mencelakakan, sesuatu yg mendatangkan keburukan; ~ menjadi tokak prb perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan); mengubik kepala ~ orang prb membuka rahsia orang; berkudis, kudisan mendapat (menderita) penyakit kudis; mengudis menjadi kudis: luka itu ~ sebab dibiarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.dis] | کوديس

Definisi : penyakit kulit yg gatal dan mudah berjangkit. ~ anjing (api) kudis yg besar. ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata-rata badan. berkudis menderita penyakit kudis; terdapat atau ada kudis. mengudis menjadi kudis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kudis

Peribahasa

Bukan kudis dibuat pekung.

Bermaksud :

Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kudis butascabiesPenyakit jangkitan kulit yang gatal dan mudah berjangkit.Sekolah Rendah
kerupingscabKerak atau selaput kering pada kudis atau luka, yang terbentuk semasa penyembuhan luka. Ia terdiri daripada darah kering, plasma, dan rembesan lain.Menengah Atas

Kembali ke atas