Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kul.tur] | کولتور

Definisi : 1. penanaman tumbuh-tumbuhan ter­utamanya dgn kaedah saintifik utk mem­perbaik baka atau menghasilkan baka baru; 2. penternakan dan pembiakan binatang utk memperbaik baka: hasil sampingan drpd ~ kulat; Sabah akan mengeluarkan udang ~; 3. sekumpulan sel tisu, bakteria dsb yg diper­oleh drpd proses pembiakannya dlm bahan nutrien di dlm makmal; mengkultur membiakkan mikroorganisma, spt bakteria dan sel tisu dlm bahan nutrien: ahli biologi menggunakan agar-agar sbg medium utk ~ bakteria dan kulat; pengkulturan proses atau perbuatan meng­kultur: serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kul.tur] | کولتور

Definisi : 1 penanaman tumbuh-tumbuhan terutamanya dgn kaedah saintifik utk memperbaik baka atau utk menghasilkan baka baru. 2 penternakan dan pembiakan binatang utk memperbaik baka: Sabah akan mengeluarkan udang ~. 3 sekumpulan sel tisu, bakteria dsb yg diperoleh drpd proses pembiakannya dlm bahan nutrien (di dlm makmal). mengkultur membiakkan sel tisu, bakteria dsb dlm bahan nutrien: Agar-agar digunakan sbg medium utk ~ bakteria dan kulat. pengkulturan proses atau perbuatan mengkultur: Serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kultur


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kultur tisutissue cultureKaedah pertumbuhan dalam medium pengkulturan berzat di luar organisma. Contohnya, bahagian daripada pucuk atau akar tumbuhan boleh dikultur dalam medium yang sesuai untuk menghasilkan pertumbuhan sel baharu.Menengah Atas
medium kulturculture mediumBahan nutrien, bahan organik atau bahan tak organik yang digunakan untuk pembiakan mikroorganisma, tisu tumbuhan atau haiwan di dalam kultur.Menengah Rendah
kulturcultureSekumpulan sel sama ada dari mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan yang dibiakkan dalam makmal di bawah suhu, pH dan faktor-faktor lain yang dikawal menggunakan medium kultur.Menengah Rendah
hidroponikhydroponicsSatu teknik komersial untuk menanam tanaman tertentu di dalam larutan kultur dan bukannya tanah.Menengah Atas
pertumbuhan semularegeneration1. Penggantian atau pembentukan semula bahagian organisma yang terpotong. 2. Pertumbuhan yang teratur. Contohnya, kultur tisu.Menengah Atas

Kembali ke atas