Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang halus (yg terdapat pd rambut manusia, bulu binatang, dll); jenis-jenis: ~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dll; ~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-­rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu; (bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina; berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~; 2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang; berkutu-kutuan saling menyelisik kepala(utk mencari kutu); mengutui mencari kutu (di kepala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : binatang halus spt tuma yg menghisap darah manusia atau binatang (terdapat pd rambut manusia, bulu binatang dll); Pediculus spp.. ~ anjing; ~ babi; ~ daun. ~ embun ki orang yg suka merayau-rayau dgn tidak tentu tujuan pd malam hari. ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan tanpa tujuan. berkutu 1 ada kutu: Rambutnya ~. 2 = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyingkap-nyingkap rambut. mengutui menyelisik rambut seseorang utk mencari kutu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kutu I

Puisi
 

Orang ceti menyembah berhala,
     Di dalam kuil tiada yang lain;
Kutu mati di atas kepala,
     Tuma mati di tepi kain.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kutu mati di atas kepala,
     tuma mati di tepi kain.

Bermaksud :

Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kawalan biologibiological controlKawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut.Menengah Rendah

Kembali ke atas